Maksud
berorientasikan hasil di sini adalah untuk mencapai sesuatu matlamat dan memperoleh
hasil dari sesuatu perniagaan dalam keusahawanan. Sebagai seorang usahawan,
tentulah salah satu motif dalam perniagaan ialah memperoleh hasil yang lumayan.
Hasil yang diperolehi boleh dijadikan sebagai satu sumber untuk mendorong
seseorang usahawan lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai matlamatnya.
Salah seorang
usahawan yang telah berjaya pada hari ini adalah A’tikah Ash’ari, seorang
pemilik butik tudung jenama Radiusite. Bermula dengan berniaga secara suka-suka semasa menuntut di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di tahun ketiga. Ika mengambil jurusan Ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Berbekalkan modal yang kecil sebagai permulaan sebanyak RM500, Ika dan
suami gigih mencari dan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di kedai-kedai
sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Oleh kerana dulu faktor tiada banyak
pesaing tudung, ini menjadi peluang yang terbaik bagi usahawan muda ini untuk
berjaya.
Lama-kelamaan, jenama tudung ini mula mendapat tempat di hati kebanyakan wanita
kerana ramai yang menggemari fesyen tudungnya. Apabila perniagaan tudungnya
telah berkembang dan digemari ramai, malah dikenali ramai juga, Ika berniat
untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya dan akhirnya beliau menjadi salah
seorang usahawan yang berjaya dan berjaya mengaut untung yang banyak walaupun
dalam usia beliau yang masih muda. Radiusite kini mempunyai empat cawangan
iaitu di Rawang, Johor Bharu, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Berkat
kesungguhan dan azam yang kuat, anak muda ini berjaya menjadi usahawan wanita
yang muda dan berjaya. Semoga perniagaan beliau akan terus berkembang maju dan
berjaya menembusi pasaran antarabangsa seterusnya meraikan nama Malaysia.
A’tikah Ash’ari
No comments:
Post a Comment