Kegagalan adalah satu perkataan yang
membawa maksud negatif. Tiada sesiapa yang mahukan kegagalan. Dalam menceburi
bidang keusahawanan, seseorang usahawan tidak akan lari daripada menghadapi
kegagalan dalam menjalankan perniagaannya. Namun begitu, setiap usahawan perlu
menjadikan kegagalan sebagai satu pilihan. Kegagalan sebenarnya merupakan satu
langkah awal bagi seseorang usahawan untuk berjaya dan berkembang maju. Apa yang penting ialah untuk merancang daripada kegagalan dan
belajar daripadanya. Rata-rata usahawan berjaya memegang prinsip bahawa kegagalan
adalah satu pilihan. Salah seorang daripadanya ialah usahawan terkenal dari
China iaitu Jack Ma. Jack Ma ialah seorang pengasas, pengerusi dan CEO sebuah
syarikat e-dagang yang besar iaitu Alibaba. Dalam
personaliti Jack Ma, ciri keusahawanan yang dimiliki beliau ialah percaya
bahawa kegagalan adalah satu pilihan. Walaupun kini beliau dikenali sebagai
orang terkaya di China namun kekayaan itu bukan dimiliki daripada hasil warisan
keluarganya. Semua kejayaannya dimiliki berkat kegigihannya selepas melalui
pelbagai kegagalan. Semasa zaman persekolahannya, prestasi akademik Jack Ma
tidaklah cemerlang. Hal ini menyebabkan beliau gagal sebanyak dua kali dalam
menempatkan diri dalam mana-mana institut perguruan tinggi di China. Namun
setelah belajar dan berusaha beliau akhirnya berjaya memasuki universiti pada
ujiannya yang ketiga. Setelah lulus dari Hangzhou Teacher Institute, Jack Ma
akhirnya menjadi seorang guru bahasa Inggeris dengan gaji sebanyak $12 sebulan
selepas gagal memperoleh pekerjaan lain termasuk jawatan sebagai pengurus di
KFC.
Setelah mengalami pelbagai kegagalan dalam
mencari kerja, beliau akhirnya bertekad untuk menjalankan perniagaan sendiri.
Beliau menjalankan perniagaan menterjemah bahasa tetapi hasilnya kurang
memuaskan. Beliau pernah dihantar ke sebuah perniagaan China untuk menuntut
pinjaman dari seseorang di Amerika Syarikat tetapi gagal malah turut diancam
dengan senjata api. Akhirnya beliau memutuskan untuk pergi ke Amerika. Walaupun
pada mulanya beliau menemui kegagalan namun kepergiannya ke Amerika Syarikat
pada tahun 1995 itu bukanlah sia-sia. Salah seorang daripada rakannya di
Seattle menunjukkan kepadanya tentang teknologi internet. Beliau melihat
peluang dalam perniagaan kecil melalui jual beli barangan secara dalam talian.
Setelah itu Jack Ma mengakui bahawa internet adalah alat untuk memperkembangkan
perniagaan kecil. Pada tahun 1999, beliau mendirikan
perusahaan perdagangan online pertamanya yang diberi nama Alibaba di
apartmentnya di Hangzhou bersama dengan 17 orang rakannya.
Mereka berjaya mengumpulkan dana pertama
bernilai USD 60 ribu. Pada waktu itu, e-commerce belum dikenali di China. Apabila Alibaba
berkembang secara global, Jack Ma meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif. Beliau menyedari bahawa orang lain boleh memanfaatkan syarikat
dengan lebih baik daripada beliau sendiri di samping membolehkan bakat lain
untuk memanfaatkan masyarakat dan generasi seterusnya. Jack Ma adalah seorang
usahawan dan pemimpin yang berwawasan kerana wawasannya digunakan untuk mengetahui
serta menentukan strategi utama syarikat Alibaba. Beliau juga selalu berkongsi
wawasannya dengan orang ramai untuk membantu mereka dalam dalam menjadi
usahawan berjaya. Sehingga kini, Alibaba terus berkembang pesat. Kekayaan Jack
Ma semakin besar. Pada tahun ini, beliau menduduki kedudukan 22 dalam senarai
jutawan Forbes dengan kekayaan sebanyak US $23.5 billion. Namun siapa sangka, beliau dulu
hanyalah seorang guru miskin di China.
Jack Ma
No comments:
Post a Comment