Budaya terbuka merujuk kepada konsep di
mana pengetahuan harus disebarkan secara bebas. Penyebaran pengetahuan ini
adalah tidak terikat dengan mana-mana perlindungan undang-undang harta intelek
semasa seperti pembangunan, penukaran yang telah sedia ada di atas perkongsian
dan kerjasama. Setiap usahawan yang berjaya juga perlulah mengamalkan konsep
budaya terbuka. Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Vivy Yusof. Vivy Yusof merupakan seorang usahawan,
selebriti dan ikon sosial untuk beribu-ribu wanita muda di Malaysia. Beliau
merupakan pengasas laman web e-dagang FashionValet.com.
FashionValet adalah salah satu daripada laman web e-dagang
yang menjalankan perniagaan fesyen dalam talian terkemuka di Malaysia.
FashionValet bermula dengan hanya RM100,000 dan telah berjaya dilancarkan pada
bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan. Sehingga kini platform ini
mempunyai lebih daripada 300 jenama dari seluruh Asia Tenggara. Beberapa tahun yang lalu, Vivy
mempunyai blog yang diberi nama Proudduck semasa beliau belajar di London
School of Economics dalam bidang undang-undang ketika berumur 25 tahun. Beliau
gemar menulis untuk berkongsi pandangan dan pengalamannya belajar di luar
negara. Tidak lama selepas itu beliau mempunyai ramai pengikut dan pembaca yang
setia mengikuti perkembangan blognya terutamanya golongan wanita muda yang
menyukai hasil tulisan, gaya dan penampilannya. Semasa di UK, beliau mendapati
bahawa penduduk UK sangat menghargai rekaan pereka tempatan. Selain itu,
kebanyakan penduduk di UK membeli-belah secara online berbanding dengan
Malaysia. Oleh itu, proses membeli-belah dalam talian adalah bukanlah sesuatu
yang baru di negara itu pada masa itu. Kerana minat yang mendalam dalam bidang
fesyen dan tidak mahu ketinggalan dalamnya, beliau sentiasa menjaga
penampilannya dan sentiasa tampil feminin dan bergaya. Setelah tamat pengajian, beliau pulang
ke Malaysia dan membantu bapanya dalam perniagaan hartanah. Beliau rindu untuk
membeli-belah secara dalam talian kerana kesibukannya dengan tugas-tugas di
pejabat yang menyebabkannya tidak mempunyai masa untuk membeli-belah. Inspirasi
daripada budaya terbuka penduduk UK, beliau sedar bahawa pembangunan teknologi
maklumat yang semakin meningkat dengan pesat membuka banyak peluang.
Beliau dengan itu memutuskan untuk melancarkan pusat
membeli-belah dalam talian yang dinamakan FashionValet.net pada tahun 2009
setelah mendapat pandangan dan persetujuan daripada bapanya. Beliau menubuhkan
FashionValet.net (FV) sebagai sebuah hab rekaan fesyen tempatan. Beliau
memulakan perniagaan ini dengan rakan-rakan beliau di UK iaitu Asma 'Nasaruddin
dan Fadzarudin Maher yang kini merupakan suaminya. Tidak boleh mereka fesyen
kerana pendidikan pasangan itu menyimpang jauh daripada dunia fesyen kerana
beliau belajar undang-undang manakala suaminya belajar kejuruteraan aeronautik
menyebabkan mereka mencontohi syarikat perniagaan dalam talian daripada UK
iaitu ASOS. ASOS menawarkan pelbagai jenama pereka di bawah satu bumbung.
Bagi
membezakan laman web mereka daripada orang lain, Vivy merancang untuk
menetapkan hanya jenama tempatan. Sehingga hari ini pembaca dan peminat
beliau sendiri yang pergi mencari untuk mengikuti perkembangan Vivy terutamanya
pada akaun media sosial beliau iaitu blog termasuk Instagram, di mana beliau
memuat naik gambar fesyen beliau serta maklumat terkini mengenai hidupnya
termasuk berita pelancaran FashionValet. Vivy
pernah menyatakan rasa terharunya terhadap sokongan yang diterima daripada
peminat beliau, dan berkata bahawa beliau tidak pernah membayangkan bahawa blog
kecil itu boleh berkembang ke dalam perniagaan sehingga hari ini. Hari ini, berkat usaha Vivy,
Fadzarudin dan rakannya Asma Nasarudin kini menyebabkan FashionValet mempunyai
lebih daripada 30 pekerja dan saham lebih daripada 300 jenama dari seluruh Asia
Tenggara. Tidak hairan juga apabila Vivy Yusof terpilih sebagai calon Bella
Business Award melalui saluran NTV7 dan antara 60 Wanita Inspirasi Nona TV3.
Kesimpulannya Vivy Sofinas Yusof menunjukkan bahawa kepentingan budaya terbuka
untuk usahawan. Ia perlu dijadikan sebagai pengajaran terutamanya kepada anak
muda yang berminat dalam menjalankan perniagaan dalam talian pada masa hadapan.
Vivy Yusof

No comments:
Post a Comment