STEVE JOBS ,
PENGASAS APPLE
COMPUTER CORPORATION
BIODATA STEVE JOBS
Steven Paul Steve Jobs, lahir pada
24 Februari 1955, ialah seorang
usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney.
Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995). Pada akhir
1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas
bersama Apple), Mike Markkula, dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan
salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan
antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa
kepada lahirnya Macintosh. Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga
pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan
perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat
lama yang ditubuhkannya itu dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1997 hingga
2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios. Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti
pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu
terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney. Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej
simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan
kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh
estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya
memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang
sama. Pada 24 Ogos
2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE Apple dan bakal
digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple. Pada 5 Oktober
2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.
No comments:
Post a Comment