1.
MENGAMBIL RISIKO
TERBUKA ( OPEN RISK TAKER)
Berani mengambil risiko bermaksud berani menanggung
sebarang kemungkinan yang akan berlaku apabila merancang sesuatu perkara.
Berani mengambil risiko juga adalah berani menjalani kehidupan itu sendiri.
Steven Paul Jobs atau dikenali sebagai Steve Jobs adalah salah seorang usahawan
yang sangat berjaya. Walaupun, pada awalnya Steve Jobs pernah gagal dalam
perniagaannya. Steve Jobs sangat dikenali kerana beliau mempunyai keperibadian
yang sangat tinggi. Beliau mempunyai visi yang berani mengambil risiko. Steve
Jobs mendirikan Apple dan membawa perusahaan tersebut kembali hidup setelah dia
dipecat kemudian menyelamatkan semula daripada mengalami kegagalan yang teruk.
Ini bermaksud beliau membuat pilihan
yang sukar dan membuat keputusan yang beliau sendiri tidak pasti apakah
ada hasilnya daripada keputusan yang dibuat. Sejarah kehidupan Steve Jobs di
Apple penuh dengan risiko dan kesukaran yang amat tinggi, dan ini diceritakan
dalam buku “Becoming Steve Jobs”. Steve Jobs merupakan salah seorang
usahawan yang berani mengambil risiko. Beliau mengambil keputusan untuk
mencabut kegunaan flash dari iPhone kerana perselisihan faham dengan Adobe.
Steve Jobs menolak untuk menggunakan Adobe Flash pada keluaran iPhone dan iPad.
Ketika itu, tindakan Steve Jobs
merupakan taruhan besar kerana sebahagian besar kandungan multimedia di
internet dikuasai oleh Flash. Steve Jobs berani mengambil risiko dengan
mencipta sesuatu yang tidak dicipta olehnya lagi. Ketika semua orang sibuk
menggunakan telefon bimbit yang
mempunyai button, beliau mencipta layar sentuh untuk iPhone pertama. Walaupun
agak ganjil untuk memiliki telefon pintar tanpa layar sentuh pada ketika itu.
Namun perkara ini adalah masalah besar pada tahun 2007. Semua orang terbiasa
menggunakan “button” sebelum iPhone sehingga terciptanya
iPhone dan menjadi kebimbangan samada masyarakat terima atau tidak terima
dengan penciptaannya. iPhone adalah telefon pintar utama yang dicipta mempunyai
layar sentuh atau touchscreen dan tidak memiliki sebarang button atau keypad
sama sekali. Kesimpulannya, Steve Jobs sentiasa mengambil risiko yang besar dan
sukar untuk dihadapi. Sikap beliau yang berani mengambil risiko tidak
mematahkan semangat beliau untuk terus menaikkan nama Apple di seluruh dunia.
2.
BERWAWASAN (VISIONARY)
Berwawasan mementingkan disiplin diri dan mempunyai
pencapaian akademik yang baik. Steve Jobs merupakan seorang usahawan yang
mempunyai wawasan yang tinggi. Hal ini terbukti dengan bagaimana dia mampu
menaikkan jenama Apple. Dalam pengurusan Steve Jobs, beliau tidak pernah
berusaha untuk memenuhi permintaan pasaran dan keinginan masyarakat. Beliau
mencipta sesuatu yang akan membuat masyarakat mempunyai keinginan untuk membeli
produk Apple. Beliau berpendapat bahawa kita tidak perlu mencipta sesuatu untuk
memenuhi permintaan pasaran tetapi kita perlu mencipta sesuatu yang sebenarnya
diperlukan oleh masyarakat yang mereka sendiri tidak mengetahui bahawa mereka
memerlukannya. Steve Jobs sangat berwawasan dalam mengeluarkan produknya.
Beliau meletakkan tanda aras tinggi dalam melakukan inovasi sesuatu produk
untuk menginginkan kesempurnaan untuk semua produk Apple. Beliau tidak terlalu
fokus untuk mendapatkan keuntungan semata-mata, tetapi beliau menginginkan
mereka merekabentuk, membangunkan dan membawa produk yang lebih bagus di
pasaran. Disebabkan itu, Apple memastikan mereka tidak menghasilkan produk yang
baru yang sama dengan jenama yang lain, tetapi mereka menghasilkan produk yang
lebih baik dan berkualiti tinggi. Steve Jobs sering melakukan inovasi produknya
seperti iPad 2 yang lebih nipis 33 peratus berbanding iPad 1.
3.
KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE
IS AN OPTION)
Kegagalan adalah satu pilihan bermaksud kegagalan yang
dialami oleh kita akan menjadi satu pilihan untuk kita terus bangkit atau
mencari jalan untuk mencapai kejayaan. Legasi berharga Steve Jobs adalah
kegagalannya dan cara beliau menghayati kegagalan hidup yang telah beliau
lakukan sampai ke akhir hayatnya. Kegagalan adalah sesuatu reka bentuk hidupnya.
Keunikan peribadi kitalah yang membuatkan kita berharga sebagai manusia. Itulah
yang dihayati oleh Steve Jobs. Beliau mengambil masa yang bertahun-tahun untuk
mencari cara supaya Apple akan mencapai kejayaan. Namun kegagalan dalam
hidupnya dipacu dengan keinginan untuk menjadi lebih baik serta bercita-cita
mengubah dunia. Dahulunya Apple Inc dikenali sebagai Apple Computer Inc.
organisasi ini merupakan salah sebuah syarikat multinasional yang mencipta
alatan elektronik, perisian komputer dan segala yang berkaitan dengan
perkomputeran samada penggunaan untuk peribadi atau perniagaan. Apple Inc telah
ditubuhkan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak pada 1 April 1976 dan didaftarkan
pada tahun 1977.
Apple Inc bertempat di Cupertino, California. Pada mulanya,
Apple Inc berpusat didalam garaj dan hanya menjual papan litar untuk memegang
salah satu komponen dalam komputer. Modal permulaan perniagaan Apple Inc adalah
sebanyak AS$1300 ( RM 3963) iaitu hasil daripada penjualan microbus oleh Steve
Jobs dan salah satu komponen komputer dan penjualan kalkulator oleh Wozniak.
Perniagaannya berkembang dengan baik selepas menjual komputer pertama Apple 1
dengan nilai AS$666 ( RM 2026). Produk utama Apple Inc adalah iPhone, alat
permainan muzik iPod dan pelbagai jenis komputer Macintosh. Perubahan yang
dibuat oleh Apple Inc adalah berasaskan “ Developmental Change”. Hal ini kerana Apple Inc ingin
mengembangkan lagi perniagaan mereka
dengan membuat pembaharuan lebih besar dengan mencipta telefon pintar, MP3 dan
sebagainya selain daripada produk komputer. Selepas Steve Jobs mengambil alih
pengurusan Apple Inc, keuntungan Apple Inc telah meningkat setelah hampir
muflis pada tahun 1996. Kesan daripada kepimpinan Steve Jobs, produk yang
dipasarkan oleh Apple Inc telah mendahului pesaing lain.
4.
BERORIENTASIKAN
PASUKAN (TEAM ORIENTED)
Dalam Apple,
tidak semua orang yang mempunyai kemahiran boleh bekerja dengan Steve Jobs,
walaupun seseorang itu mempunyai pengalaman yang banyak. Apple memerlukan
pasukan kerja mereka yang mereka gelarkan pasukan kerja yang istimewa. Dalam
sesuatu penciptaan produk, semangat berpasukan adalah penting kerana tidak
mungkin sesuatu produk itu dapat dihasilkan hanya dengan seseorang individu
berdasarkan satu idea. Ini kerana melalui kumpulan, banyak idea dapat
dihasilkan daripada banyak pemikiran supaya sesuatu produk yang dihasilkan
dapat dihasilkan dengan kreatif dan inovatif berdasarkan segala idea-idea yang
telah dibentangkan dan dikritik untuk mencapai hasil yang lebih baik. Setiap pekerja di Apple mempunyai fungsi tugas mereka
sendiri tetapi terdapat ‘garisan halus’ di
antara fungsi-fungsi tersebut di mana setiap dari mereka mesti mampu
berkolaborasi antara satu sama lain walaupun mempunyai projek yang berlainan. Mereka juga hanya akan mengambil
pekerja yang merasa tidak puas atau cukup dengan apa yang ada. Pereka produk
Apple mestilah seorang fanatik dalam menghasilkan produk yang benar-benar
sempurna sehinggakan bentuk skru di bawah MacBook pun dipastikan selari dengan
rekabentuk keseluruhan MacBook tersebut. Apple memerlukan pereka produknya
mempunyai kepercayaan (belief),
semangat (passion) dan komitmen dalam mencapai kesempurnaan.
5.
BERORIENTASIKAN
HASIL (OUTCOME ORIENTED)
Bagi Apple,
matlamat yang ingin dituju bukanlah mengaut keuntungan tetapi Apple telah
menetapkan matlamat utama yang jelas iaitu untuk merekabentuk,
membangunkan dan membawa kepada pasaran produk-produk yang lebih bagus. Bagi mereka, hasil yang disukai dan digemari oleh
orang ramai disebabkan reka bentuk yang yang telah dipasarkan akan mendatangkan
pendapatan kepada mereka. Steve Jobs tidak mempunyai ciri-ciri bos idaman
seorang pekerja. Beliau terkenal dengan gaya kepimpinan autokratik dan sukar
untuk sesiapa bekerja di bawahnya. Mereka yang pernah bekerja dengannya
mengatakan beliau bukan sahaja boleh mengubah keputusan yang telah dibuatnya
dalam sekelip mata malah adakalanya beliau akan memalukan mereka yang tidak
sependapat dengan pandangannya.
Tetapi ciri-ciri
yang dimiliki oleh beliau telah menaikkan nama Apple dan mengembangkan semula
jenama Apple yang pernah berada dia ambang kejatuhan.
Apple memastikan agar mereka tidak hanya sekadar menghasilkan produk baru yang
hanya sekadar berbeza dengan produk pesaing tetapi mereka memastikan produk
yang dihasilkan lebih bagus serta mempunyai kualiti tinggi. Bagi Apple, sekadar
menghasilkan produk yang berbeza dan baru itu adalah mudah. Penekanan pada aspek ‘lebih
bagus’ pada
produk Apple mencerminkan pendirian syarikat tersebut untuk tidak mahu menjadi
sebuah syarikat yang berterusan mengeluarkan produk yang baru hanya semata-mata
kerana mahu terus hidup
tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Bagi Apple, adalah satu pembaziran
apabila sesebuah syarikat itu menggunakan segala sumbernya yang ada termasuk
masa bekerja pekerja hanya untuk mengeluarkan produk yang baru yang tidak
memberi nilai baru pada pembeli.
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete