Proaktif ialah
bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu
perkara atau kejadian. Dalam
konteks keusahawanan, seorang usahawan itu mestilah bertindak lebih agresif
dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Sebagai contoh,
Saiful Nang yang dikenali dalam bidang fotografi. Siapa yang menceburi bidang
ini pasti kenal dengan tuan empunya badan. Beliau juga antara jutawan fotografi
yang termuda di Malaysia. Banyak gambar-gambar yang diambil oleh beliau dan
sekarang mempunyai sebuah syarikat, Colours of Asia Sdn Bhd sebagai seorang
CEO. Beliau
berasal daripada keluarga yang miskin
telah melibatkan diri di dalam perniagaan seawal umur 7 tahun
di mana beliau mula menjual lukisan-lukisan beliau pada rakan sebaya. Sikap beliau ini menunjukkan bahawa beliau seorang
yang proaktif. Ini kerana walaupun baru berusia 37 tahun pada tahun
ini, beliau sudah mempunyai sebuah syarikat, mempunyai penjenamaan sendiri dan
mempunyai sebuah institusi akademi sendiri dan akan mengembangkannya menjadi
sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Sejak awal lagi beliau telah berjinak-jinak dalam
bidang ini. Syarikat fotografi yang ditubuhkan beliau mempunyai taraf
antarabangsa kerana melibatkan luar negara. Setakat ini, lebih 30,000 orang
jurugambar yang sudah beliau didik dalam bidang ini. Beliau bertindak berani untuk menjengah bidang keusahawanan
dalam usia muda walaupun risiko sebagai seorang usahawan untuk menubuhkan
syarikat atau perniagaan sendiri adalah tinggi. Tetapi berkat kesungguhan dan
sikap beliau yang bertindak lebih awal untuk memulakan perniagaan dalam usia
muda adalah satu tindakan yang bijak dan proaktif. Kejayaan
beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada
dunia. Jenama Candid Syndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti
Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura. Malahan beliau terus mengukir satu
demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN, sebaris dengan
individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia termasuk Datuk Lee
Chong Wei, Tan Sri Anthony Fernandes dan Datuk Misbun Sidek.
Saiful Nang
Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
ReplyDelete